Keajaiban di Bumi Sabah Negeri di Bawah Bayu

Assalamualaikum, hai semua? Semoga semua yang membaca dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah SWT dan diberi taufiq dan hidayah dalam menjadi insan yang lebih baik.

I have been thought about what should I write on next post actually. Pastu asyik tertangguh je, sorry guys.
Dalam draf banyak lagi tak post but I need to rephrase dan betulkan ayat-ayat manalah tahu rempit ke kan? haha. So on this post, I want to tell about my last trip to Sabah (Oktober 2017). Happy reading!

Actually, plan pergi Sabah ni sangat last minute, masa tu Nurin ingat lagi, I on the phone dengan Aina dan dia cerita pasal plan dia dan housemate dia untuk ke Sabah. Aina jemput I sekali untuk join tapi masa tu memang kata "Takpelah, kalau ada rezeki aku pergi sana adalah. InshaAllah" cuma tu je cakap, taknak letak harapan sangat sebab yela masatu mana ada income sendiri kan. Hanya mampu berhuhu dan tak fikir dah pasal tu.

Beberapa minggu selepas tu, I rasa macam asyik nak survey tiket ke Sabah je, I don't know why. Pastu I call Aina untuk tanya di tempah flight mana dan macam mana nak tempat tiket sebab I tak reti nak online banking apalagi nak buat reservation kan. hahaha. Maklumlah tak pernah buat kerja kerja sedemikian lagi, I cepat nervous takut tersalah tekan ke apa. Err... huhu.

Aina pun cakap lah yang mana flight dia, dan ada satu seat je tinggal,cakaplah "aku macam nak book ni".  Dia pun tanya " Kau serius ke ni weh?" haha last minute gila. " Haa tapi jap aku nak tanya ayah aku dulu.  Tanya abah dulu sebab yelah redha dan izin parent sangat penting for me.. Yelah kalau tak dapat restu nanti, mana tau crash ke kan nauzubillahiminzalik, please nak buat apa-apa restu ibu bapa tu penting. Abah kata " ikut akaklah.." I was like macam " okay, Aina proceed!" haha . Pastu Aina pun bookingkan segala. I guna duit yang sepatutnya simpan untuk Busan 2018 haha. Takpelah kan nanti boleh simpan lagi *ayat nak sedapkan hati..haha

Tiket masa tu mahal sikit lah dari Aina punya, sebab Aina beli around RM99.00 one-way. Tapi I punya dalam seratus lebih, total tiket return around RM270.00 camtu. Okay tiket settle.

Hikmah kejadian yang pertama ni, I terfikir. Kalau Allah dah tetapkan sesuatu tu untuk kita, kita akan dapat juga sebab Allah dah reserved awal-awal.. yang penting doa dan bersangka baik dengan Allah. Kalau Dia bagi, Alhamdulillah. Kalau Dia tak bagi, pasti ada hikmah disebalik kenapa Dia tak benarkan. . Sebenarnya, I macam nak nangis sebab nampak "one seat left " tu. Macam betul-betul Allah reservedkan that seat to for me.
 
Okay, bila dah reserved tiket. Yang tinggal adalah belanjawan dan pergi! Yay! Tapi masalah dia, duit I cuma cukup-cukup je. Tak termasuk untuk beli ole-ole dari Sabah untuk family. Memang kalau ikut bajet yang dah ditetapkan, duit tu memang cukup-cukup. Walaupun abah, adik dengan wan cakap " nanti tak payah beli ole-ole lah dari Sabah. Simpan duit tu...guna untuk belanja kakak je" Tapi yelah I still feel bad. Kau pergi melancong tapi tak dapat bawak balik ole-ole. Masatu, I sangat sedih walaupun eksited nak pergi melancong. All I did is berdoa dan mengadu dalam hati "Ya Allah, aku takde duit nak beli  hadiah untuk family..sedih.. TT^TT" Hampir sepanjang perjalanan mengadu hati yang sedih dan berharap ada keajaiban nanti.

Bila jejak je kaki di bumi Sabah, satu keajaiban berlaku, berita gembira yang I dengar is we can cut off almost 30-40% duit belanja yang dalam bajet. So, ada peluanglah nak beli ole-ole! Dalam hati bersyukur sangat. Alhamdulillah. Allah dengar rintihan aku, I cried. Alhamdulillah dapat beli untuk diri-sendiri dan family.

So, pengajaran dia. Doalah apapun. Doa kan senjata orang mukmin. Kalau susah, minta Allah bagi jalan keluar, jangan sombong. Doalah macam-macam, asalkan yang baik-baik inshaAllah Allah perkenankan doa kita pada masa yang tepat.

Dan ada satu lagi keajaiban yang berlaku. Masatu time balik, dalam flight..seat I dapat lain dengan Aina dan Kak Rai so, I kena duduk dengan strangers haha. Cuak dia bolehlah, tapi sebab masa pergi tu dah rasa macam mana rasa naik flight so I boleh handle cuak dia. Chill k chill. So, I dapat seat sebelah seorang lelaki Chinese kot kalau tak silap I okay je, I bukan racist ye.. cuma tak selesa sebab duduk dengan stranger kan. I ni bukan sejenis mesra alam at the first time.

Nak dijadikan cerita, Ada seorang akak ni, dia duduk seat wing belah kanan, dia tanya " Nanti nak tukar seat tak? Duduk dekat sebelah akak?" I was like macam, boleh ke kak? "Boleh, tapi akak tanya pramugari dulu". Siap tanyakan weh. Allahu.. baik sungguh. Pramugari bagi dan I changed my seat next to her. I minta izin nak duduk tepi tingkap. Yelah jakun padahal bukan nampak apapun malam gelap je hahahahah. Akak tu bagi dan I thanked her. Pastu I tak borak apa pun sebab awkward. haha. So I decided just untuk tidur dan lelapkan mata je. Masa pramugari jual makanan dekat trolley tu, I perasan akak tu ada beli but I tak beli. Walaupun mengancamlah bau makanan tu. Hmm sabar k perut haha. I pun sambung tidur. Bila dah nak landing tu, I buka mata. Akak tu hulur snack box " Nah..": Terkejut and I thanked her again dan senyum je  tak start any conversation pun sebab mamai baru bangun tidur tidur ayam. Allah...baiknya akak ni. Siapapun akak, saya doakan akak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan, dan dikurniakan syurga tertinggi. Allahumma Aamiin.

Semasa trip ke Sabah, I received a lot of miracles. Tak pernah terbayang pun. Allah bagi keajaiban macam tu. Untuk long journey masa dekat Sabah. Andai ada masa I post, sebab sekarang masih proses mengingat yelah, maklumlah sejenis yang ada selective memories ecewah. Okay.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.
Terima kasih membaca, harap penulisan ini dapat bagi manfaat, mana yang baik tu datang dari Allah SWT, yang buruk tu datang dari diri I sendiri.

Selamat Malam. Semoga sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki you all. Jumpa di syurga ya. Insha Allah.

Assalamualaikum :)


Comments

Popular posts from this blog

Hello 👋

Why I restart blogging?